Friday, January 14, 2011

Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor




Tetiba jer ari nie terasa nak makan ikan bakar kat Jeram, Kuala Selangor. Pernah pegi kat situ sekali tahun lepas bersama kakak ipar & the gangs (estima group) dan cerita dalam entri sini.

Entahla,bila boleh sampai lagi ke sana. Nak pegi pun jauh gak ngan umah aku nie. Tapi yang best nya pegi waktu petang. Boleh tengok matahari terbenam. Perghhh, cantik gak tuh. Memang cantik dia punya pemandangan.





Ataupun ada mana2 cadangan lain lagi tak tempat ikan bakar yang sedap area KL atau Selangor nie. Jangan la cakap jauh2 lak, penat nak drive. sesape yang boleh suggest tak? Dah lebih macam mengidam pulak nie. Kalau jadi pergi malam petang esok, maka punahlah segala impian setelah hampir 2 bulan aku tak makan nasi belah malam. Tapi tak turun la sangat berat badan aku nie. Minggu depan nak kena start pergi gym di samping badminton seminggu sekali. Hehehe.... amacam?

21 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

ikan bakar umbai melaka . huyehh.. =p

eelobor said...

hahaha, jauh la adik wehhhh. memang nak pegi pun sana, tp kena tunggu masa cantik sket

Citarasa Rinduan said...

peeh...layan ikan bakar syok oooo..
aku tak ada cdgnn kat mana2..

ko mkn ingat aku noo..........

Amy Syaquena said...

Alamak sowie amy tak tahu sangat la..

apisv2 said...

berkat salam mlaka

Citarasa Rinduan said...

ehem..
ada award untuk ko..
ambil yer
http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/01/award-dari-mas-duniaku.html

zeqzeq said...

nak juga rasa..kalau ada masa..tepi sg kan

eelobor said...

zeqzeq: yup...mace muko kualo gitu, nok kato sungai pom dok, dok kato pantai pom dok, tapi memey soheh buke air terjun. hehehehe

siti murni said...

urm...sedap tu..next time nak ikut boleh?hihi....

eelobor said...

siti: hehehe, jom boleh ajer. x de ker nak buat perjumpaan blogger kat situh.

azieazah said...

Tempat ikan bakar yang selalu Kak Azie pergi adalah:

Tangling; belakang Masjid Negara/Bukit Aman (sekarang dengar dah mahal skit)

atau di Bellamy (belakang Istana Negara) lagi mahal dari Tangling.

atau di Kucai Lama Entreprenurs Park (dekat balai polis).

azieazah said...

Tapi Ikan Bakar Muar dekat JJ Maluri ni pun sedap gak, kan? Pernah rasa tak?

Belakang Pizza hutt, Depan AMBank, tepi parking JJ Maluri...

ShafiqIzwan said...

jom main badminton bro. hehe.

mie said...

dah lama xmakan ikan bakar ni..

eelobor said...

kak azie: selalu baca dalam entri kak azie pasal ikan bakar di tangling. pernah pergi sekali tapi kedai tu tutup lak. pintu pagar masuk bukit aman kan? di jalan bellamy dah selalu sangat. kat R&R awan besar pun best gak. di jalan kuchai lama belum cuba lagi.

belakang JJ maluri dah byk kali mkn kat situ zaman dok ngorat2 ngn wife dulu2. hehehehe, dah lama la kedai tu tutup kan? mana bukak skrg.

eelobor said...

shafiq: selalunya main ari selasa malam kat selayang mall, jom la joint

mie: ntah...tetiba rasa ngidam jer.

relevan said...

Lama tak pekena ikan bakar ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bestnya..

kat mana exact location tuh? dokek dah tu..

TMYZ said...

Umbai tak mein lah wei!

Ikan Bakar Serkam lagi kau-kau, harga pun dekat setengah beza,betul-betul dekat jeti naikkan ikan segar.....

maklumle Umbai gerai batu, harga pun kena berat sama cam batu,

kat Serkam lagi best,boleh naik cruise tradisional(bot nelayan enjin sangkut) belayar ke muara sungai Serkam best wooo!

eelobor said...

azrina: kat jalan pantai jeram, kuala selangor. lokasi senang di cari. pemandangan tepi pantai memang cantik

TYMZ: kat mana tuh Serkam? boleh spesifik sket lokasi. Insya Allah, boleh pergi terjah nanti....

azzey said...

so far sejak dok sini, saya sker mkn kat kedai D'NICE kat area hala ke Sg Gabai tu....Sup dia mmg sedap. Rasanya ikan bakar pon sedap kot coz sume menu yg pnh saya mkn sume nya sedap..