Saturday, January 15, 2011

Bukit Melawati & Aroma Ikan Bakar Di Jeram, Kuala Selangor.


Niat di hati semalam nak makan ikan bakar di Jeram, Kuala Selangor tercapai gak hajat. Takde la ngidam lagi. Keluar dari rumah dalam jam 2.30pm. Perjalanan sedikit terganggu di laluan Ijok kerana banyak gak lori dan susah nak potong2. Jadi pemandu berhemah jer.



Di sebabkan masih awal, pegi ke Bukit Melawati. Parking kereta kat bawah & naik menggunakan kenderaan yang telah di sediakan dengan bayaran tiket cuma RM3 sahaja bagi dewasa. Boleh melawat ke muzium sejarah dan masuk percuma.




Selain daripada muzium sejarah, ada gak binatang2 liar yang agak jinak berkeliaran di situ. Menunggu makanan yang di beri oleh pengunjung. Yang peliknya, monyet2 nie takde la pulak pergi berebut atau buat kacau kat orang2 yang jual makanan tersebut. Namun jika pengunjung siap beli, maka berebut2 la macam gambar kat bawah nie.


entah model mana tuh aku main ambik jer


Seharian tak makan, cuma minum air jer di sebabkan nak makan dengan puas2 kat Aroma Ikan Bakar. Hehehe, berbaloi gak aku berlapar sepanjang hari ni. Masa kat atas bukit melawati pun, perut dah tak tahan. Terus jer ajak wife cepat2 jer turun. Hihihihi.... Layan jer la gambar2 ek.


ikan bakar - tak nampak menyelerakan
sebab sos tidak di letak kat atas ikan tuh.



udang mentega - memang sedap

Nasib baik la awal pergi makan kat situ, iaitu dalam jam 5.30pm. Orang belum ramai sangat walaupun dah banyak meja2 makan yang dah di tempah kerana datang dalam berkumpulan. Jika datang 4-5 orang boleh walk-in jer kerana banyak meja & kerusi di sediakan


ketam masak cili

Ketam nie memang la peberet aku. Masak jer macam mana, semua aku belasah. Memang sedap dan mesti menggunakan kedua2 belah tangan serta gigi. Tapi aku punya dah longgar serta banyak ruang kosong. Hihihihi, nasib ler. Aku ikhtiar gak, demi boleh makan ketam masak cili.


sotong bakar

Aku bajet mungkin la seratus lebih. Tetapi agak terkejut(monyet) dan buat2 terperanjat kerana hanya RM85 sahaja untuk menu2 di atas. 3 orang makan dan memang penuh perut kita makan tadi. Sebelum ni aku pernah gak makan kat situ tapi dalam 9 orang dan harganya hampir RM400. Nasib baik la ada yang sponsor.


air tembikai & apple

Namun aku pernah gak makan bertiga kat kedai ikan bakar yang femes gak di Prima Sri Gombak tapi harga punya la mahal. Cuma ikan bakar dan sotong 2 ekor jer, dan di caj hampir RM100. Yang nie ada tambahan ketam & udang mentega namun harga jauh lebih murah. Tobat aku dah tak kan jejak lagi kedai yang konon2nya femes tuh. Dah la iklan besar gedebak, tapi mahal & tak sedap. Hihihihi....kutuk ler sebab mahal kan.

Di Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor memang murah dan sedap.

senyum melebar jer lah bila dah tercapai hajat

8 comments:

Cik SHiNJU said...

Kus semangat..byknye munyet situ yak...Koi gamok peniaga situ ade pakai ilmu penghalau munyet..sbb tu pengunjung jek yg kena kacau..heheh..
Makan 3org = RM85...erm..
bg koi yang baru nak tanam anggur ni agak mahal la..hehehe..

eelobor said...

cik shinju: bukan selalu pun belanja makan mewah, sesekali jer. itu pun sebab rasa teringin sangat nak makan ikan bakar. hihihi....dah kategori murah sebab banyak jenis lauk gak yang di ambil

*∽ IZAN ∽* said...

perrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
memang terliur miur tengok lauk-lauk yang sedapp tuh..! wahh kena jejak gak tempat nii!

eelobor said...

izan: hehehe, rugi kalu tak cuba....

sarah-najwan said...

masa akak dok kapar dan meru, klang tahun 1998-2004..pernah gak mkn kat jeram ni..tapi xtaulah kdai yg sama dgn kamu gi ni..hehe..yg akak gi ni kdai paling popular jgk kat jeram

tapi yg bukit malawati tu..lalu je...naiknya xpenah..hihi

efa nur said...

sedap nye udang mentega 2..hihihi
macam best jew g sane..nk g laa nanti..hehe :))

zeqzeq said...

jalan2 makan angin isi minda

azzey said...

sedapnya menu2 tu. dh lama x ke bukit melawati. dulu masa dok kpg selalu gak ke sana..