Sunday, January 16, 2011

Restoran Al-Rawsha

update: terima kasih pada puan sponsor.... hihihihi (lupa nak bagi kredit)


Minggu lepas ke Restoran Saba, berhadapan dengan stesyen LRT Setiawangsa. Ada dalam entri sini. Hari berkesempatan pula ke Restoran Rawsha, setelah di cadangkan oleh kak azieazah. Mengikut kata kak azie restoran tuh bertempat di Jalan Damai, off Jalan Ampang (belakang Yow Chuan Plaza - kaki karaoke mesti kenal plaza ni).




Tapi bila sampai ke situ, restoran berkenaan telah di tutup dan bertukar tempat. Lokasi baru dekat bulatan Kampung Pandan. Jika nak menghala ke Pandan Jaya, di sebelah kiri bersebelahan dengan restoran cina. Mengikut maklumat yang aku risik dengan penjaga parking tuh, dah 4 bulan lokasi perniagaan baru ni. Tempat sangat besar, luas, & amat selesa sekali. Walaupun tempat yang luas, namun tetap ramai & penuh dengan pelanggan. Manakalan mutu perkhidmatan bagus serta cepat dan amat puas hati. (aku bayar penuh tau tadi, tak de diskaun2 pun...hihihihi). Jom lah menjamu mata dulu....


lamb kebsha


chicken mandy


Barbican


kebab

Macam biasa menu untuk aku sudah semstinya kambing. Nama kat menu adalah Lamb Kebsa yang berharga RM19 sepinggan. Untuk standard aku rasanya boleh di habiskan kut. Tapi Menu yang di pesan wife adalah Chicken Mandy yang berharga RM20. Siap boleh di bawa balik sebab nasi banyak sangat katanya. Hehehe....tak de diet la aku, sebab boleh habis licin jer kat pinggan tuh.


beverage


aiskirim

Dari segi rasa & sedap memang berbaloi dengan harga yang di caj. Namun jika di buat perbandingan restoran yang aku pernah pergi minggu lepas, rasanya aku cadangkan kat sini lebih selesa dia punya persekitaran. Tempat yang luas dan nak makan pun tak berserabut sangat serta layanan yang mesra dari pekerjanya.


shisha - sudah sinonim
dengan restoran arab


pitu depan menghala ke tempat makan

Milo Ais - RM6, Cream Caramel - RM8, 2 Barbican berharga RM14 (RM7 sebotol), Chicken Mandy - RM20 sepinggan dan Lamb Kebsa - RM19 sepinggan dan semuanya berharga RM67 untuk 2 orang makan tengahari. Untung sungguh tokey. Entah berapa puluh riban sehari pun aku tak pasti. Yang soheh, meniaga makan nie memang untung berlipat kali ganda. Tak percaya cuba tanya Citarasa Rinduan berapa dia dapat untung dalam sehari. Kan...kan...kan, ayu kan?

makan nie, hari2 pun orang akan makan. tapi kain baju bukannya 3 kali sehari di beli

Saturday, January 15, 2011

Bukit Melawati & Aroma Ikan Bakar Di Jeram, Kuala Selangor.


Niat di hati semalam nak makan ikan bakar di Jeram, Kuala Selangor tercapai gak hajat. Takde la ngidam lagi. Keluar dari rumah dalam jam 2.30pm. Perjalanan sedikit terganggu di laluan Ijok kerana banyak gak lori dan susah nak potong2. Jadi pemandu berhemah jer.



Di sebabkan masih awal, pegi ke Bukit Melawati. Parking kereta kat bawah & naik menggunakan kenderaan yang telah di sediakan dengan bayaran tiket cuma RM3 sahaja bagi dewasa. Boleh melawat ke muzium sejarah dan masuk percuma.




Selain daripada muzium sejarah, ada gak binatang2 liar yang agak jinak berkeliaran di situ. Menunggu makanan yang di beri oleh pengunjung. Yang peliknya, monyet2 nie takde la pulak pergi berebut atau buat kacau kat orang2 yang jual makanan tersebut. Namun jika pengunjung siap beli, maka berebut2 la macam gambar kat bawah nie.


entah model mana tuh aku main ambik jer


Seharian tak makan, cuma minum air jer di sebabkan nak makan dengan puas2 kat Aroma Ikan Bakar. Hehehe, berbaloi gak aku berlapar sepanjang hari ni. Masa kat atas bukit melawati pun, perut dah tak tahan. Terus jer ajak wife cepat2 jer turun. Hihihihi.... Layan jer la gambar2 ek.


ikan bakar - tak nampak menyelerakan
sebab sos tidak di letak kat atas ikan tuh.



udang mentega - memang sedap

Nasib baik la awal pergi makan kat situ, iaitu dalam jam 5.30pm. Orang belum ramai sangat walaupun dah banyak meja2 makan yang dah di tempah kerana datang dalam berkumpulan. Jika datang 4-5 orang boleh walk-in jer kerana banyak meja & kerusi di sediakan


ketam masak cili

Ketam nie memang la peberet aku. Masak jer macam mana, semua aku belasah. Memang sedap dan mesti menggunakan kedua2 belah tangan serta gigi. Tapi aku punya dah longgar serta banyak ruang kosong. Hihihihi, nasib ler. Aku ikhtiar gak, demi boleh makan ketam masak cili.


sotong bakar

Aku bajet mungkin la seratus lebih. Tetapi agak terkejut(monyet) dan buat2 terperanjat kerana hanya RM85 sahaja untuk menu2 di atas. 3 orang makan dan memang penuh perut kita makan tadi. Sebelum ni aku pernah gak makan kat situ tapi dalam 9 orang dan harganya hampir RM400. Nasib baik la ada yang sponsor.


air tembikai & apple

Namun aku pernah gak makan bertiga kat kedai ikan bakar yang femes gak di Prima Sri Gombak tapi harga punya la mahal. Cuma ikan bakar dan sotong 2 ekor jer, dan di caj hampir RM100. Yang nie ada tambahan ketam & udang mentega namun harga jauh lebih murah. Tobat aku dah tak kan jejak lagi kedai yang konon2nya femes tuh. Dah la iklan besar gedebak, tapi mahal & tak sedap. Hihihihi....kutuk ler sebab mahal kan.

Di Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor memang murah dan sedap.

senyum melebar jer lah bila dah tercapai hajat

Friday, January 14, 2011

Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor




Tetiba jer ari nie terasa nak makan ikan bakar kat Jeram, Kuala Selangor. Pernah pegi kat situ sekali tahun lepas bersama kakak ipar & the gangs (estima group) dan cerita dalam entri sini.

Entahla,bila boleh sampai lagi ke sana. Nak pegi pun jauh gak ngan umah aku nie. Tapi yang best nya pegi waktu petang. Boleh tengok matahari terbenam. Perghhh, cantik gak tuh. Memang cantik dia punya pemandangan.





Ataupun ada mana2 cadangan lain lagi tak tempat ikan bakar yang sedap area KL atau Selangor nie. Jangan la cakap jauh2 lak, penat nak drive. sesape yang boleh suggest tak? Dah lebih macam mengidam pulak nie. Kalau jadi pergi malam petang esok, maka punahlah segala impian setelah hampir 2 bulan aku tak makan nasi belah malam. Tapi tak turun la sangat berat badan aku nie. Minggu depan nak kena start pergi gym di samping badminton seminggu sekali. Hehehe.... amacam?

Tuesday, January 11, 2011

Gambar Pesawat AirAsia Terbabas



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.



Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.



Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.


Sunday, January 09, 2011

Nasi Arab di Restoran Saba, Setiawangsa


saje nak letak gambar si Muaz

Dah lama berhajat nak makan nasi arab. Hari nie tercapai juga hajat di hati setelah sekian lama. Mulanya tulis status di facebook jer. Ada beberapa kawan yang memberi cadangan dan aku terus google jer. Destinasi yang paling dekat dengan rumah adalah di Restoran Saba, Setiawangsa.

gambar nie aku ambik kat blog mamatisya

Lokasinya berhadapan stesen LRT Setiawangsa (opis KRU). Setelah membaca di laman blog mamatisya yang menceritakan pasal restoran nie, terus ajak wife makan tengahari kat situ tadi.





Semua nama2 yang di pesan tadi aku lupa sebab susah sangat nak ingat. Maklumlah pertama kali makan nasi2 macam nie. Yang aku tahu aku apa yang aku makan tadi, namanya LAMB HANITH. Ada 3 jenis dan HANITH adalah salah satu jenis. Aku nak cuba sebab tertarik ngan ulasan di blog mamatisha tuh.





Nak cakap sedap sangat, rasanya tak adil sebab ini pertama kali aku makan dan tak pernah makan lagi di tempat lain sebelum nie. Tapi masa aku sampai, tempat duduk memang penuh dan terpaksa tunggu. Mulanya dah nak kansel makan kat situ, dan nak pegi ke area Bukit Bintang sebab kat sana memang banyak restoran2 yang menyediakan makanan arab nie.



Dengan jumlah pengunjung yang makan kat situ, memang tak putus2 boleh di katakan sedap la kut. Harganya pulak memang dalam bajet aku tadi iaitu cuma RM59.40 termasuk harga minuman yang tak di letakkan gambar. Minuman adalah Milo Ais, Barbican Pineapple serta Yogurt Drink. Secara keseluruhan....berbaloi.