Monday, November 22, 2010

Proton - Produk Bermasalah ?

Bagaimana perasaan anda apabila anda nak mengadu masalah namun di sambut dengan endah tak endah jer dengan orang yang sepatutnya menyediakan perkhidmatan terbabit? Sepatutnya sebagai pengguna dan yang membeli produk tersebut aku mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan apabila sesuatu produk tersebut mempunyai masalah. Namun berlainan pula dengan kerani perkhidmatan pelanggan yang menjawab panggilan telefon aku. Begini caranya orang kita berniaga kut.

Meminjam kata2 Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dalam akhbar utusan malaysia hari ini, beliau ada berkata

"sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap proton, ia tidak mungkin dapat di lakukan dalam satu malam, tetapi sebaliknya secara beransur-ansur".

Mengikut wikipedia mengenai sejarah proton.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Agaknya sudah lama jugak penubuhan proton dan bukan lagi satu malam nie. Dah hampir 30 tahun jugak tuh. Hari ni kes yang sama berlaku pada diri aku. Seminggu keluar dari kilang sudah mengalami masalah. Sudah 2 tempat ke pusat servis proton pun tak dapat di selesaikan dan aku di cadangkan ke cawangan yang lebih besar iaitu Bukit Maluri, Kepong atau Mutiara Damansara. Bila di buat panggilan ke Bukit Maluri, Kepong di jawab pula oleh perkhidmatan yang amat "mesra" layanannya. Tanggapan awal pun macam dah nak lepas tangan. Alhamdulillah bila menghubungi cawangan Mutiara Damansara, terus di buat temujanji dan di suruh datang hari rabu untuk pemeriksaan tanpa banyak songeh macam Bukit Maluri, Kepong.

4 comments:

Echam said...

Ada apa masalh dengan kete tu?? Boleh tlg cite sikit. Nak tau jugak ni. Geramlah plak aku baca kisah2 pusat servis proton wat tak endah ni...

eelobor said...

akan di jawab dalam entri terbaru.

Amy Syaquena said...

salam..

amy sokong sangat,..

azzey said...

elobor: sepatutnya customer service tu lbh mesra pelanggan . jgn tau nak jual je. klu x de pelanggan diaorang pun x keje kat situ! huh!!!