Monday, November 22, 2010

Proton - Part 3



Entri ini adalah sambungan daripada 2 entri aku yang lepas berkenaan kereta aku. Malas nak menjawab soalan sama teman2 di facebook, aku tulis entri nie. Baca sendiri masalah yang aku alami.

Pagi tadi aku ada ke pusat servis proton untuk kali yang ke-2. Yang pertama aku servis semasa balik kampung dan merupakan servis pertama untuk 1000km. Semasa servis pertama (hari ke-10 dari tarikh aku dapat kereta), aku telah memaklumkan mengenai masalah pada kereta aku. Masalahnya adalah di bahagian penumpang (depan & belakang) di penuhi dengan air yang bertakung dan karpet menjadi basah serta berbau busuk. Kejadian di sedari pada hari yang ke-7 semasa aku baru sampai ke kampung dan semua pusat servis tutup bercuti di kelantan.

Kebetulan cuti di KB adalah 2 hari untuk raya di tambah hari jumaat, maka hari sabtu baru sempat servis sebelum bertolak balik ke KL. Setelah di periksa oleh pomen, aku di maklumkan paip penghawa dingin (yang mengeluarkan air) tidak di pasang secara betul dan mengalir masuk ke dalam kereta. Aku di beritahu boleh di buat tuntuan, namun tak mahu cerita panjang cukup sekadar tutup kes kat situ memandangkan paip tadi telah di pasang kembali. Aku juga di beri penyedut hampagas dan di suruh menyedut sendiri air yang bertakung. No hal, demi kereta baru, aku buat sendiri.

Setiba di KL semalam, masalah sama masih berulang. Walaupun air tidak lagi bertakung namun masih tetap basah di atas karpet kereta di sebelah kiri iaitu depan & belakang. Sekali lagi aku ke pusat servis di Wangsa Maju. Setelah di periksa hampir setengah jam, aku di maklumkan untuk membawa kenderaan tersebut ke cawangan lebih besar seperti Bukit Maluri, Kepong atau Mutiara Damansara. Kebetulan hari ni aku dah bercuti, ingat boleh di selesai pada hari ni gak, namun terpaksa membuat tempahan dahulu sebelum di hantar kereta untuk pemeriksaan selanjutnya.

Mungkin ada sedikit salah faham berlaku antara aku dengan kerani yang menjawab panggilan telefon seperti dalam entri aku sebelum ini iaitu Proton - Produk Bermasalah. Maklumlah, kita sebagi pengadu dan mempunyai masalah dengan kereta yang belum berusia 2 minggu pun di atas jalan raya tetapi telah mengalami masalah.

Sebagai yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan, kerani tersebut sepatutnya telah masak dengan asam garam karenah pelanggan yang kecewa dengan masalah yang di alami. Mungkin ketika itu aku juga sedang hot sebab terlalu banyak sangat karenah dan cerewet kerani tersebut. Namun aku akui, sikap aku juga terlalu cepat baran bila menghadapi masalah sebegini. Aku masih perlu belajar mengawal keadaan.

11 comments:

relevan said...

Guna proton tapi proton Iswara jer..

Sharinginfoz said...

so far ok aja proton cuma kekadang masalah kecil aja, maybe tak bernasib baik kot

Azman Roslan said...

sabar je la.. tak semua kereta baru tu elok semuanya.. adik aku pun pernah ada problem ngan kete baru beli..

eelobor said...

relevan: iswara mmg tak pernah dgr ada mslh kan...ok jer

sharinginfoz:memang betul, nak di jadikan cerita kawe punya tak bernasib baik

azman: memang betul, dulu abang pernah guna waja pun problem gak. redha jer lah kan. sesuai dengan harganya. sepatut kena pentingkan kualiti & keselamatan baru di pikirkan pasal harga

eiela said...

kesiannya ayah dan kawan-kawan saya pun sibuk kata kereta sekarang nih tak berapa best kualiti dia. tak tau lah sebab tak ada kereta lagi, guna kereta ayah je.

Latest Entri :
Punca Kanser Payudara Lelaki dan Perempuan

Kalamhati said...

hmm kebetulan lak ada masalah..harap masalah tu cepat2 dpt disettle kan..

eelobor said...

eiela: memang betul kata2 ayah awk

kakchik: nasib ler, buke smuo hok capai standard quality. mugo bare manusia buat tok leh lawe sesempurna cipaan-Nya

di sini segalanya... said...

bile mgenangkan produk "PROTON" mgkin xlari dr stigma dan poblem yg sebegitu..mcm 2 la pndgan my hubby smpai skrg..xprnh ade keinginan utk try produk PROTON ni..mgkin dr pgalaman kerja di vendor mahupn tnaga kerja belakang tabir sykt tbabit myebabkan hatinya xterbukak nk beli produk PROTON..huhu..sanggup lg dia pakai Perodua...abis2 dia akn beri ceramah free mgenai secara teknikal pasal bidang auto ni..xkuase plak nk mdgarnya..hehe...

*∽ IZAN ∽* said...

betull tuhh! dulu pakai waja so far so good... tahun ke-5 baru lock pintu pemandu ada problem tu pun boleh di baiki.

mungkin tak bernasib baik jugak kottt.. harap2 bersabar dan semuanya bleh di atasi segera yekk

azzey said...

eelobor: mcm mana org nak beli klu bermasalah mcm ni....hrp2 dpt diatasi segera ye.....

eelobor said...

sebab itu jer kereta yg ramai mampu milik