Monday, November 22, 2010

Proton - Part 3



Entri ini adalah sambungan daripada 2 entri aku yang lepas berkenaan kereta aku. Malas nak menjawab soalan sama teman2 di facebook, aku tulis entri nie. Baca sendiri masalah yang aku alami.

Pagi tadi aku ada ke pusat servis proton untuk kali yang ke-2. Yang pertama aku servis semasa balik kampung dan merupakan servis pertama untuk 1000km. Semasa servis pertama (hari ke-10 dari tarikh aku dapat kereta), aku telah memaklumkan mengenai masalah pada kereta aku. Masalahnya adalah di bahagian penumpang (depan & belakang) di penuhi dengan air yang bertakung dan karpet menjadi basah serta berbau busuk. Kejadian di sedari pada hari yang ke-7 semasa aku baru sampai ke kampung dan semua pusat servis tutup bercuti di kelantan.

Kebetulan cuti di KB adalah 2 hari untuk raya di tambah hari jumaat, maka hari sabtu baru sempat servis sebelum bertolak balik ke KL. Setelah di periksa oleh pomen, aku di maklumkan paip penghawa dingin (yang mengeluarkan air) tidak di pasang secara betul dan mengalir masuk ke dalam kereta. Aku di beritahu boleh di buat tuntuan, namun tak mahu cerita panjang cukup sekadar tutup kes kat situ memandangkan paip tadi telah di pasang kembali. Aku juga di beri penyedut hampagas dan di suruh menyedut sendiri air yang bertakung. No hal, demi kereta baru, aku buat sendiri.

Setiba di KL semalam, masalah sama masih berulang. Walaupun air tidak lagi bertakung namun masih tetap basah di atas karpet kereta di sebelah kiri iaitu depan & belakang. Sekali lagi aku ke pusat servis di Wangsa Maju. Setelah di periksa hampir setengah jam, aku di maklumkan untuk membawa kenderaan tersebut ke cawangan lebih besar seperti Bukit Maluri, Kepong atau Mutiara Damansara. Kebetulan hari ni aku dah bercuti, ingat boleh di selesai pada hari ni gak, namun terpaksa membuat tempahan dahulu sebelum di hantar kereta untuk pemeriksaan selanjutnya.

Mungkin ada sedikit salah faham berlaku antara aku dengan kerani yang menjawab panggilan telefon seperti dalam entri aku sebelum ini iaitu Proton - Produk Bermasalah. Maklumlah, kita sebagi pengadu dan mempunyai masalah dengan kereta yang belum berusia 2 minggu pun di atas jalan raya tetapi telah mengalami masalah.

Sebagai yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan, kerani tersebut sepatutnya telah masak dengan asam garam karenah pelanggan yang kecewa dengan masalah yang di alami. Mungkin ketika itu aku juga sedang hot sebab terlalu banyak sangat karenah dan cerewet kerani tersebut. Namun aku akui, sikap aku juga terlalu cepat baran bila menghadapi masalah sebegini. Aku masih perlu belajar mengawal keadaan.

Proton - Produk Bermasalah ?

Bagaimana perasaan anda apabila anda nak mengadu masalah namun di sambut dengan endah tak endah jer dengan orang yang sepatutnya menyediakan perkhidmatan terbabit? Sepatutnya sebagai pengguna dan yang membeli produk tersebut aku mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan apabila sesuatu produk tersebut mempunyai masalah. Namun berlainan pula dengan kerani perkhidmatan pelanggan yang menjawab panggilan telefon aku. Begini caranya orang kita berniaga kut.

Meminjam kata2 Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dalam akhbar utusan malaysia hari ini, beliau ada berkata

"sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap proton, ia tidak mungkin dapat di lakukan dalam satu malam, tetapi sebaliknya secara beransur-ansur".

Mengikut wikipedia mengenai sejarah proton.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Agaknya sudah lama jugak penubuhan proton dan bukan lagi satu malam nie. Dah hampir 30 tahun jugak tuh. Hari ni kes yang sama berlaku pada diri aku. Seminggu keluar dari kilang sudah mengalami masalah. Sudah 2 tempat ke pusat servis proton pun tak dapat di selesaikan dan aku di cadangkan ke cawangan yang lebih besar iaitu Bukit Maluri, Kepong atau Mutiara Damansara. Bila di buat panggilan ke Bukit Maluri, Kepong di jawab pula oleh perkhidmatan yang amat "mesra" layanannya. Tanggapan awal pun macam dah nak lepas tangan. Alhamdulillah bila menghubungi cawangan Mutiara Damansara, terus di buat temujanji dan di suruh datang hari rabu untuk pemeriksaan tanpa banyak songeh macam Bukit Maluri, Kepong.

Kereta Baru Bermasalah

Hari nie terpaksa ambil cuti lagi sehari. Penat yang teramat sangat. Bajet boleh sampai awal sebelum maghrib semalam setelah bertolak dari Bukit Gambang jam 3.30pm. Nasib tak menyebelahi kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas.

Bermula 10km nak sampai ke tol karak di bawa hingga ke tol gombak. Mendengar info di radio, kesesakan berlaku kerana jumlah kereta yang terlalu banyak dan bukannya di sebabkan kemalangan. Di tol Bentong pun dah nak maghrib, jika masih awal sempat lagi buat u-turn dan lalu ikut jalan gombak lama.

Pagi ni ada beberapa kerja yang nak di selesaikan. Pertama sekali nak ke Pusat Servis kereta lepas hantar wife ke tempat kerja jap lagi. Memang betulah Buatan Malaysia amat berkualiti dan di sukai ramai. Bayangkan tak sampai 2 minggu keluar dari kilang tapi dah ada masalah dengan kereta nie.

Seingat aku, lain2 model sebelum ni pun semuanya mengalami masalah. Power windows tak berfungsi ler, pintu tak boleh tutup kemas ler dan macam2 lagi. Apapun, nak dengar dulu apa penjelasan pomen nanti dan berapa masa yang dia nak ambik untuk selesai masalah aku.

nota: belilah barangan Buatan Malaysia....sama2 kita menyokong barangan kita yang amat berkualiti (nak beli jenama luar negara aku tak mampu, kena sabar jer lah )