Tuesday, December 21, 2010

Iklan Gambar Produk Menurunkan Berat Badan Tipu ?

Pernah tak anda perasan iklan2 kat suratkhabar atau televisyen mengenai gambar sebelum dan selepas. Apa maksud sebelum dan selepas tu? Kebiasaannya bagi iklan untuk menguruskan badan. Ada gambar yang di ambil sebelum menggunakan produk tersebut dan juga satu lagi selepas menggunakan produk tersebut. Mesti anda semua pernah perasan kan?

Adakah anda percaya bulat2 dengan gambar tersebut? Hari nie aku mendapat tutorial mengenai penggunaan untuk mengubahsuai sesuatu gambar (edit picture) tersebut. Gambar daripada seorang yang gemuk boleh di jadikan kurus, serta macam2 lagi yang boleh di buat. Lantas aku teringat pada iklan2 kat suratkhabar mengenai penjualan produk2 untuk menguruskan badan. Ini membuatkan aku berfikir 2,3 kali sekarang tentang kesahihan gambar2 yang terpampang di ruangan iklan tersebut.

Mulanya aku nak letak jer video tutorial tersebut, namun di sebabkan blog aku nie ada pelbagai lapisan yang membacanya aku rasakan tidak sesuai., kerana ada antaranya masih di bawah umur. Hehehehe.....kenapa aku rasa tak sesuai. Nak tahu lebih lanjut, korang semua boleh tengok sendiri kat sini. Jika ada gak yang bawah umur tuh tengok, aku tak bertanggungjawab yer. Hehehehe...... jangan salahkan aku lak yer.

anggap jer cuma video tutorial dan pembelajaran

Nak Basuh Tangan Kat Kedai Makan Pun Kena Caj?




Gambar nie aku dapat kat facebook di Oh! Media. Sejauh mana kebenaran aku tak pasti la pulak sebab tidak di sertakan kedai tuh kat kawasan mana. Rasanya sekiranya betullah seperti dalam gambar di atas (tidak di edit sebagai mana tulen di dakwanya), inilah kedai pertama yang aku dengar mengenakan bayaran untuk membasuh tangan bila nak makan. Sudu juga tidak di sediakan.

Hehehehehe, betul ker nie. Atau nak buat kontroversi jer. Kalau nak caj kat situ sekalipun, tak payah la nak letak gambar cam gitu kan. Caj jer sekali kat dalam harga makanan tuh. Tak payah la nak heboh2 atau kecoh2 nak kenakan caj bayaran basuh tangan kan?

Apapun, nie entri saje2 dan suka2 jer. Kesahihan pun belum tentu lagi. Tapi aku tidak memfitnah sape kut. Takde pulak aku tulis nama tokey kedai tu kan? Cuma beri pandangan sekiranya benar seperti dalam gambar itu jer.

hehehe, pertama kali tengok cam nak tergelak jer. 2 kali tengok masih nak tergelak & 3 kali tengok pun masih nak tergelak lagi. hahahahhahahahahhaa

Monday, November 22, 2010

Proton - Part 3



Entri ini adalah sambungan daripada 2 entri aku yang lepas berkenaan kereta aku. Malas nak menjawab soalan sama teman2 di facebook, aku tulis entri nie. Baca sendiri masalah yang aku alami.

Pagi tadi aku ada ke pusat servis proton untuk kali yang ke-2. Yang pertama aku servis semasa balik kampung dan merupakan servis pertama untuk 1000km. Semasa servis pertama (hari ke-10 dari tarikh aku dapat kereta), aku telah memaklumkan mengenai masalah pada kereta aku. Masalahnya adalah di bahagian penumpang (depan & belakang) di penuhi dengan air yang bertakung dan karpet menjadi basah serta berbau busuk. Kejadian di sedari pada hari yang ke-7 semasa aku baru sampai ke kampung dan semua pusat servis tutup bercuti di kelantan.

Kebetulan cuti di KB adalah 2 hari untuk raya di tambah hari jumaat, maka hari sabtu baru sempat servis sebelum bertolak balik ke KL. Setelah di periksa oleh pomen, aku di maklumkan paip penghawa dingin (yang mengeluarkan air) tidak di pasang secara betul dan mengalir masuk ke dalam kereta. Aku di beritahu boleh di buat tuntuan, namun tak mahu cerita panjang cukup sekadar tutup kes kat situ memandangkan paip tadi telah di pasang kembali. Aku juga di beri penyedut hampagas dan di suruh menyedut sendiri air yang bertakung. No hal, demi kereta baru, aku buat sendiri.

Setiba di KL semalam, masalah sama masih berulang. Walaupun air tidak lagi bertakung namun masih tetap basah di atas karpet kereta di sebelah kiri iaitu depan & belakang. Sekali lagi aku ke pusat servis di Wangsa Maju. Setelah di periksa hampir setengah jam, aku di maklumkan untuk membawa kenderaan tersebut ke cawangan lebih besar seperti Bukit Maluri, Kepong atau Mutiara Damansara. Kebetulan hari ni aku dah bercuti, ingat boleh di selesai pada hari ni gak, namun terpaksa membuat tempahan dahulu sebelum di hantar kereta untuk pemeriksaan selanjutnya.

Mungkin ada sedikit salah faham berlaku antara aku dengan kerani yang menjawab panggilan telefon seperti dalam entri aku sebelum ini iaitu Proton - Produk Bermasalah. Maklumlah, kita sebagi pengadu dan mempunyai masalah dengan kereta yang belum berusia 2 minggu pun di atas jalan raya tetapi telah mengalami masalah.

Sebagai yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan, kerani tersebut sepatutnya telah masak dengan asam garam karenah pelanggan yang kecewa dengan masalah yang di alami. Mungkin ketika itu aku juga sedang hot sebab terlalu banyak sangat karenah dan cerewet kerani tersebut. Namun aku akui, sikap aku juga terlalu cepat baran bila menghadapi masalah sebegini. Aku masih perlu belajar mengawal keadaan.

Proton - Produk Bermasalah ?

Bagaimana perasaan anda apabila anda nak mengadu masalah namun di sambut dengan endah tak endah jer dengan orang yang sepatutnya menyediakan perkhidmatan terbabit? Sepatutnya sebagai pengguna dan yang membeli produk tersebut aku mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan apabila sesuatu produk tersebut mempunyai masalah. Namun berlainan pula dengan kerani perkhidmatan pelanggan yang menjawab panggilan telefon aku. Begini caranya orang kita berniaga kut.

Meminjam kata2 Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dalam akhbar utusan malaysia hari ini, beliau ada berkata

"sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap proton, ia tidak mungkin dapat di lakukan dalam satu malam, tetapi sebaliknya secara beransur-ansur".

Mengikut wikipedia mengenai sejarah proton.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Agaknya sudah lama jugak penubuhan proton dan bukan lagi satu malam nie. Dah hampir 30 tahun jugak tuh. Hari ni kes yang sama berlaku pada diri aku. Seminggu keluar dari kilang sudah mengalami masalah. Sudah 2 tempat ke pusat servis proton pun tak dapat di selesaikan dan aku di cadangkan ke cawangan yang lebih besar iaitu Bukit Maluri, Kepong atau Mutiara Damansara. Bila di buat panggilan ke Bukit Maluri, Kepong di jawab pula oleh perkhidmatan yang amat "mesra" layanannya. Tanggapan awal pun macam dah nak lepas tangan. Alhamdulillah bila menghubungi cawangan Mutiara Damansara, terus di buat temujanji dan di suruh datang hari rabu untuk pemeriksaan tanpa banyak songeh macam Bukit Maluri, Kepong.

Kereta Baru Bermasalah

Hari nie terpaksa ambil cuti lagi sehari. Penat yang teramat sangat. Bajet boleh sampai awal sebelum maghrib semalam setelah bertolak dari Bukit Gambang jam 3.30pm. Nasib tak menyebelahi kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas.

Bermula 10km nak sampai ke tol karak di bawa hingga ke tol gombak. Mendengar info di radio, kesesakan berlaku kerana jumlah kereta yang terlalu banyak dan bukannya di sebabkan kemalangan. Di tol Bentong pun dah nak maghrib, jika masih awal sempat lagi buat u-turn dan lalu ikut jalan gombak lama.

Pagi ni ada beberapa kerja yang nak di selesaikan. Pertama sekali nak ke Pusat Servis kereta lepas hantar wife ke tempat kerja jap lagi. Memang betulah Buatan Malaysia amat berkualiti dan di sukai ramai. Bayangkan tak sampai 2 minggu keluar dari kilang tapi dah ada masalah dengan kereta nie.

Seingat aku, lain2 model sebelum ni pun semuanya mengalami masalah. Power windows tak berfungsi ler, pintu tak boleh tutup kemas ler dan macam2 lagi. Apapun, nak dengar dulu apa penjelasan pomen nanti dan berapa masa yang dia nak ambik untuk selesai masalah aku.

nota: belilah barangan Buatan Malaysia....sama2 kita menyokong barangan kita yang amat berkualiti (nak beli jenama luar negara aku tak mampu, kena sabar jer lah )

Thursday, October 07, 2010

Kisah Pengantin Baru

Tadi aku ada terbaca satu kisah dekat laman blog kak azie tentang satu cerita. Jadi aku rasa rugi jika tak kongsi dengan korang citer nie. Selamat membaca yer.

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ini serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak itu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “Nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis ‘Besar, teguh dan peramah’.. Bahagialah Si Siti rupanya.

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir’ Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis ‘KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’... Bahagialah Si Murni rupanya.

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya ‘AIR ASIA’.

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? ‘7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI’

nota: cerita di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. watak2 di atas kemungkinan hanya kebetulan dan hanya sebagai gurauan dan jenaka.




Monday, August 30, 2010

Andai Lelaki Tahu Hati Wanita



Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Saturday, July 31, 2010

Restoran Sri Ayu Seafood



Balik dari membeli barang2 keperluan dapur & rumah di NSK, Selayang singgah makan di Sri Gombak. Makan tengahari di Restoran Sri Ayu Seafood yang bertempat di Sri Gombak bersebelahan dengan Stesen Petrol Esso. Untuk lauk-pauk tengahari bermacam2 jenis aneka. Ada beberapa gambar untuk berkongsi. Untuk menu sebentar tadi, aku mengambil Nasi Putih, Ikan Tawar, Budu, Pucuk Ketereh, Lemak Daging dan Teh 'O' Ais dan wife lak ambik Nasi Putih, Kerabu Mangga, Gulai Kawah Hati Lembu dan Air Milo Ais. Harga cuma RM13.60. Memang murah sangat2 dan rasanya juga boleh tahan.







Selamat menjamu selera semua.

Sunday, July 04, 2010

Kedai Perabot Rotan Bergerak


Set kerusi kecil dengan meja

Barangan perabot yang di perbuat daripada rotan kini boleh di dapati dengan mudah kerana terdapat kedai bergerak. Kedai perabot bergerak pun ada gak kat KL nie, memang macam2 ada betullah. Semua benda ada kecuali mak bapak jer yang ada kat kampung. Kilang yang bertempat di Rawang, dan di isi di atas sebuah lori kecil serta di bukak perniagaan di tepi jalan di Sri Gombak fasa 1. 

Ada juga beberapa yang berkenaan di hati, namun harganya memang mahal beb. Nak sejukkan hati, aku cuma mengiyakan kerana nak cari rotan pun bukan senang. Kena masuk hutan, mana ada jual kat pasar borong kan? Hehehehe, nak beli kerusi goyang bersaiz kecil untuk anak kecik aku pun berharga RM68 yang paling murah. Tak beli la gamaknya, usha2 jer. Barangan yang di perbuat daripada rotan nie memang cantik & tahan lama sebab tu harganya mahal kut. Tambah2 sebab kat KL. Nak murah? Masuk hutan cari rotan sendiri & buat sendiri kan..kan..kan...? hehehehe...


Bermacam2 jenis peralatan yang di perbuat dari rotan

Monday, April 26, 2010

RON 95 Mudah Terbakar ?


Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.

RON 95

Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena)....Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan).

nota: sebenarnya aku dapat daripada email yang telah di kirimkan oleh seorang sahabat. Link asal, sila klik sini. Aku juga bukan seorang ahli kimia. Malah masa spm dulu subjek kimia dulu mendapat 6 pening.

Melaui email, di sertakan juga link2 liputan akhbar mengenai kemalangan yang menyebabkan kenderaan terbakar. Perlu di ingat, ini juga kemungkinan secara kebetulan. Tetapi biarlah ada kajian yang terperinci mengenai keselamatan penggunaan minyak tersebut.

Friday, April 16, 2010

Orang Ikhlas Tertindas???

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get backGolden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi…"  kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

sumber dari arkib email

Tuesday, January 12, 2010

Nanggung Gitu Lalu - ZBP



*
Bilo tengok kor demo,
Hati kawe beraso sayu,
Sudoh lamo tok juppo,
Baru sekare kito bertemu,
Duduk jauh hati rindu
Sepi di jiwaku....
Gilo kor demo,
Nanggung gitu lalu.
repeat *

Ku tidur male, tok leh nok peje
Kor dok napok baye, Tok lalu make
tok gih nok tele, perut lapar raso kenye
lamo benar kor dok bekene
demo lawa rupo comey
tapi saye jual mahal
denga kawe nyo tok laye
lalalalalalallalalala.....tepuk sebeloh tange
repeat *

Ingat sekali raso bose
Takut diri mabuk sore
demo beci kawe saye bimbe jadi gilo baye
Demo bungo dale tame
Hidup sempurno sene lene
Kawe hino payoh make
Srupo sapoh tepi loke
lalalalalalallalalala....raso tak dok jale
repeat *

Kalu sudi royak sudi
Ku nok kiro tando jadi
Kalu beci royak beci mudoh ambo cari gati
Staro mano mu nok cari
Staro kito tok sey lagi
Buke kato ku nok puji
Tapi royak ni hok sengoti
lalalalalallalalala.....lamo ku wak 'a lari
repeat *

Kalu kito nikoh duo biar kekal sokmo-sokmo
Demo rajo dale istano jadi hambo ku relo
Kalu demo jadi timbo
Kawe tetu jadi telago
Ku tok kiro ore kato
Ku nok mati samo-samo
lalalalalallaallala......lamo heret reboh
repeat *

Demo jange jual mahal
Loni tino blana koknar
Muroh rego buleh tawar
Ikey gelamo limo seriyal
Dey tuo tak dok rego
kulit terik jadi kendor
Jange tunggu lamo-lamo
Takut jadi bining mudo
lalalalallaalallalalal.....pecoh pun tok guno
repeat *

nota: Nyanyian lagu dikir barat oleh Zaidi Buluh Perindu