Nuffnang Ads

Sunday, September 25, 2016

Perbezaan Antara Lelaki & Perempuan














sumber gambar dari FB

Friday, September 09, 2016

Setiap Orang Berbeza Pandangannya





Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya. Begitulah juga manusia, lain orang lain pula corak pemikiran dan sudut pandangannya. Dan bagi sudut pandangan aku sama seperti 2 komen di atas. Abah takkan jadikan anak-anak abah sebagai "anakku sazali". Membesar dengan sentiasa betul & menang. Salah tetap salah.

Thursday, September 08, 2016

Semak Kelayakan Menerima Dekoder MyTV Secara Percuma Bagi Penerima BR1M

sedih la tak layak, kena beli sendiri dekoder ni... huhuhu


Kepada penerima BR1M, anda boleh menyemak status kelayakan anda untuk dapat dekoder Mytv secara percuma dengan klik di sini. Syarat-syarat kelayakan adalah

1. Gaji di bawah RM800
2. Anda berdaftar dengan LHDN (income tax)

Daripada lebih 6 juta penerima BR1M hanya 2 juta dekoder akan di agihkan secara percuma.

Apakah itu DTT

Digital terrestrial television (DTTV or DTT) is a technological evolution of broadcast television and an advancement over analog television. DTTV broadcasts land-based (terrestrial) signals. 

Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.




Wednesday, July 13, 2016

Orang Kota


 Wahai orang kota apakah dikau sedar
Cara hidup kita kini makin berubah
Adat ketimuran makin kita lupakan
Cara kebaratan kini jadi ikutan

Kaya harta miskin budi bicara
Tiap senyuman punya harga
Tepuk dada tanya selera
Oh..kota manakah tujuan kita

Ingin kau jadi New York
Jadi orang asing
Hidup tanpa batasan
Jahil tentang halal haram
Kononnya itulah kemajuan
Tak mahu diri ditertawakan
Oh kota inikah yang kau mahu

Hei orang kota
Kamu sudah lupa

 

Wednesday, June 29, 2016

Bahaya Menyebarkan Berita Palsu - Viral



Masakini seringkali penyakit ingin menjadi orang pertama yang mengetahui sesuatu berita dan terus menyebarkan kepada orang lain tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihan berita tersebut. Sedangkan dalam surah ada menekankan untuk kita memastikan sesuatu perkara tersebut terlebih dahulu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)

Semalam terjumpa viral di laman facebook berkenaan Hadis Solat Sunat Khas Pada Jumaat Terakhir Di Bulan Ramadhan. Apa yang mendukacitakan status tersebut juga telah di kongsi sebanyak melebihi 1300++ (pada ketika itu). Bayangkan betapa ramainya yang menyebarkan dan berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW.

Jika kita tidak mampu atau tidak berupaya untuk menyemak isi kandungan terlebih dahulu, ada baiknya tak perlu la di sebarkan. Jangan sesenangnya kita menyalah guna maksud hadis

"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (HR Bukhari)

Salah satu cara mudah untuk kita mengenal pasti kesahihan tersebut adalah tahap seseorang tersebut adalah mempunyai autoriti atau kepakaran dalam bidang mereka. Sebagai contoh, jika bab kesihatan semestinya kita akan merujuk kepada pegawai perubatan. Jika isu melibatkan kerosakan kereta semestinya kita lebih percaya kepada pomen. Begitu juga dalam bidang agama, ada pakar dalam bidang masing-masing.

"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui."  (An-Nahl 16:43)

Tuesday, June 28, 2016

Kita Mahu Orang Hormat Kita Tapi Kita Tak Hormat Orang Lain



Bila kita bekerja sebagai pegawai perubatan, kita rasa menyampah bilamana orang yang tak tahu pun dalam bidang perubatan tapi acah-acah tahu cuma melalui bacaan di google.

Bila kita sebagai jururawat yang di kritik di laman sosial perihal tugas kita, kita mencemuh balik kerana orang lain tak faham pun apa tugas kita.

Bila kita sebagai cikgu yang terkena dengan pelbagai tohmahan oleh segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati, kita bangkit menentang kembali dengan membuat status-status di facebook untuk mempertahankan kerjaya mulia kita.

Boleh di katakan orang luar sebenarnya tidak memahami pun apa bidang tugas kerja kita sebenarnya. Kekadang kita terikat dengan sesuatu seperti akta, prinsip kerja, amalan kerja yang mana kita tak boleh nak di dedahkan kesemuanya.

Tetapi...

                                                   

Ada ketika kita pula berseronok dengan membuat penilaian terhadap kerjaya orang lain. Jika tengok pada gambar di atas, 2 jari kita tunjuk kepada orang lain tapi 3 jari menunjukkan kembali ke arah kita.


Thursday, June 23, 2016

Jenis-Jenis Agihan Zakat



Alhamdulillah, tertunai sudah zakat fitrah yang di wajibkan ke atas aku & juga tanggunganku. Kami 4 beranak jika di darab RM7 x 4 orang cuma RM28 untuk tempoh setahun. Jika aku nak agihkan sendiri nilai RM28 tu kepada asnaf apalah sangat manfaat yang dapat di gunakan oleh mereka. Beras 5kg pun dah berharga RM15, Minyak masak 3kg pun dah hampir RM10. Tak lepas pun lagi nak beli tepung, gula, susu, garam dan lain-lain keperluan asas.

Insya Allah, aku masih meyakini Institusi Zakat / Baitulmal dalam membuat kutipan dan agihan kepada 8 golongan asnaf. Jika aku memberi sendiri kepada asnaf fakir/miskin, apalah nasib asnaf-asnaf lain yang telah termaktub dalam surah At-Taubah ayat 60 kerana mereka juga berhak.

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" - (At-Taubah 9:60)

Berikut adalah jenis-jenis agihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor. Boleh rujuk ke link sini untuk zakat selangor manakala untuk zakat MAIWP boleh tengok kat sini.





Walaubagaimanapun sekiranya ada yang meragui kemanakah perginya kutipan serta kepada siapakah agihan wang zakat fitrah mahupun zakat harta (zakat pendapatan, wang simpanan, emas, perniagaan, dan lain-lain lagi) boleh la melawat ke portal Lembaga Zakat Selangor & MAIWP. (klik pada setiap gambar). Boleh download, baca dan faham. Selebihnya kita berserahlah urusan yang kita tidak ketahui dan bukan dalam pengetahuan kita kepada Allah swt.

http://www.zakatselangor.com.my/laporan-kutipan-dan-agihan-zakat/

http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/muat-turun/category/23-laporan-tahunan

Monday, June 20, 2016

Cara Memohon Skim Bantuan Baitulmal MAIWP





Borang permohonan bantuan boleh di muat turun di sini. Sila layari laman Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk maklumat yang lebih lanjut.
 

Wednesday, June 15, 2016

Ops Hari Raya Aidilfitri 2016

Tempoh Penguatkuasaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 adalah selama dua (2) minggu bermula 29 Jun hingga 14 Julai 2016. 

Tujuh (7) kesalahan ini menjadi perhatian sepanjang Ops Hari Raya 2016. Ahli Skuad Muda 1JPJ dan orang awam boleh melaporkan kesalahan-kesalahan pemandu dan kenderaan melalui aduantrafik@jpj.gov.my dengan gambar atau video. 


 
Tidak memakai topi keledar - kompaun RM300


Menggunakan telefon bimbit semasa memandu - kompaun RM300


Meletak / memandu / menunda kenderaan di lorong kecemasan - kompaun RM300


Memoton kenderaan sebelah kiri jalan - kompaun RM300


Tidak memakai tali pinggan keledar - kompaun RM300


Memotong kenderaan di garisan berkembar - kompaun RM300


Gagal mematuhi isyarat merah pada isyarat lalulintas - kompaun RM300



sumber: fb Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sunday, June 12, 2016

Pelbagai Aneka Colek Di Restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju


Pelbagai jenis aneka colek di sediakan di Restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju yang terletak di No.19, Jalan Wangsa Delima 2A, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Sepanjang bulan puasa nie, penggemar colek boleh menikmati dengan pelbagai jenis colek di sediakan dengan harga yang berpatutan. 

Sekiranya di hari biasa dan bulan biasa, restoran ini menyediakan Nasi Kak Wook. Boleh baca di entri aku yang lepas bertajuk Nasi Kak Wook - Selera Wangsa Maju.


Haah tu dia.... antara menu kegemaran iaitu colek ayam. Colek ayam ini akan di campur dengan beberapa jenis lain lagi seperti paru, fishball, keropok dan kueh malas (cucur malas).


Sepanjang bulan puasa colek kerang juga "sangat laku". Ntah di mana sedapnya tetapi bila di makan terutama selepas solat teraweh sambil-sambil bersembang dengan kawan-kawan mungkin boleh menyebabkan kita lupa berapa jumlah yang telah di makan. Di situlah terletak keistimewaannya kut.

 popia goreng & cucur malas (kueh malas)



Sepinggan colek ayam ini yang di campur dengan sedikit kueh malas, fishball & keropok berharga RM25 kerana saiz ketulan ayam yang di letak juga agak besar. Masa ambik pesanan, aku tanya harga terlebih dahulu. Katanya cuma RM20 sepinggan. Bila sampai pesanan harga dah berubah naik RM5. Hahahaha.... tadaaaaa, sungguh ajaib. Dalam masa tak sampai berapa minit jer pun. Hahaha, tapi ok lah. Bukan tiap-tiap malam nak makan pun.

Nampak jer macam sikit, tapi agak "se'eh" jugak lah kami laki-bini beserta 2 orang anak kecik nak habiskan. Maklumlah kenyang waktu berbuka pun tak hilang lagi.


Tapi secara keseluruhannya sos yang digunakan memang sedap. Agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sekiranya anda nak mencuba sendiri dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh melawat laman facebook Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju

*cadangan: mohon di tampal senarai harga setiap jenis menu di dinding (sementara boleh gunakan manila kad) agar senang pelanggan untuk membuat pilihan yang tepat.

Nuffnang Ads