Nuffnang Ads

Monday, February 14, 2011

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Kazim Elias




Pagi ni ada terbaca status dekat facebook Ustaz Kazim Elias tentang ceramah Maulidur Rasul yang akan di sampaikan oleh Ustaz Kazim pada malam nanti. Bertempat di Masjid Darussalam, Batu 14 Puchong. Waktu adalah selepas solat Maghrib.

Ustaz Kazim nie merupakan salah seorang penceramah yang aku minati jugak, selain Ustaz Azhar Idrus. Ini kerana gaya penyampaiannya tidak begitu membosankan dan boleh menyebabkan kita yang mendengar tidak mengantuk dan ada daya tarikan tersendiri.

Tapi aku sendiri pun belum pernah mendengar secara langsung lagi ceramah di sampaikan ustaz nie, cuma sekadar dalam video di youtube jer. Malam nie ada peluang tapi agak jauh pulak. Tak sempat rasanya sebab balik kerja pun dah lewat selepas menjemput isteri. Tambahan jalan nak ke Puchong pun boleh tahan kesesakannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal ustaz ni boleh melawat ke Pusat Pendidikan Al Barakah.

7 berkata-kata:

sahromnasrudin said...

thanks for d info..memang bagus ceramah ustaz nie..gaya dia tak membosankan dan sesuai dengan semua keadaan...

Seksi Bani said...

salam...
bagus juga entry ni di kala semua org bercakap pasal Valentine.. :D

My Little Diary said...

salam,

saya pun tak pernah pergi dgr ceramah dari ustaz ni, cuma kat dlm youtube jer.. tu pun ada kawan2 yg post kat wall fesbuk... hehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

emmmm suka sangat2 bila dengar ceramah agama dari ustaz ni.... tak jemu..

eelobor said...

sahrom: itu la pasal, malangnya saya tak berkesempatan nak pegi dgr secara live sebab duk jauh sangat. lagipun waktu maghrib memang tak berkesempatan. Insya Allah, jika di buat lagi pada waktu lain dan tempat yang berdekatan, saya akan cuba untuk menghadirkan diri

eelobor said...

seksi bani: mana tau, ada orang2 lain yang dok berdekatan dengan area tersebut tergerak hati nak pegi kan?

MLD: hehe, memang layan tgk kt youtube, siap gelak2 lagi.. hihihi

AKT: dengan loghat yang dia gunakan, memang menarik dan tak membosankan. itu lah ciri2 yang patut ada pada seorang penceramah...

azzey said...

Saya mmg sker ceramah Ustaz nih. Penuh kelakar n bersahaja tapi input yg diberi mmg cukup berguna...

Nuffnang Ads