Nuffnang Ads

Wednesday, August 25, 2010

Bapa Sembelih Anak


Gambar suspek yang bergari
dapat di selamatkan setelah
cuba untuk menyembelih leher
sendiri selepas membunuh anaknya



Semalam ketika menonton di tajuk utama berita berkenaan kes seorang bapa yang mengalami masalah mental telah menyembelih leher anaknya yang berusia 3 tahun sehingga hampir putus. Entri aku semalam dalam tajuk Leher Hampir Putus Di Sembelih Bapa. Kejadian berlaku di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu Kelantan. Berikut adalah laporan berita yang aku ambil dari Kosmo Online. Aku memang suka baca kosmo sebab begitu cepat di kemaskini berbanding akhbar online yang lain

KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu.

Selepas menyembelih anaknya yang memakai jersi tertera nama pemain bola sepak Rusia, Andrei Arshavin yang kini mewakili pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Muhaimin yang merupakan bekas pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk.

Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Jiran-jirannya kemudian bertindak menghubungi polis sebelum dia dibawa oleh pasukan keselamatan itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Mangsa merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak, Shafiqah, 8, dan seorang adik, Siti Aishah, 2.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti.

“Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.


sumber: Takdir Budak Di Sembelih Bapa, Kosmo Online

5 berkata-kata:

i am Naa... said...

watch this in buletin utama last nite...trauma ibu dia...dpn mata sendiri anak dia disembelih...hmmm...but then they sd husband is having mental illness...i think masyarakat kita kena makin alert dgn manusia yg ada mental illnesses...not to avoid them but give them better care in terms of medication and observation...so tht all those cases can be avoided...ini dugaan pada keluarga mangsa dan pelaku...moga mereka terus tabah...jgn ambil remeh pada masalah mental...sebab memang tiada explanation why all those happen...

azzey said...

eelobor: mmg betul punya giler! tu mslhnya klu masih diambil mudah org yg ada penyakit mental ni....Bila Syaitan dh menguasai diri...itulah jd nya.....Allahuakbar...

eelobor said...

semoga keluarga si mangsa tabah atas kehilangan anak kecil. peranan masyarakat juga penting. kerana ini adalah masalah serius. penyakit yang sukar di kawal.

azieazah said...

Mesti traumatised giler mak si arwah tu... sedih nya..

Moga syurga menantinya...

rosnanie said...

xtau nk komen dh...sedih...
giler + xde iman = sembelih anak????

Nuffnang Ads