Nuffnang Ads

Sunday, July 04, 2010

Kedai Perabot Rotan Bergerak


Set kerusi kecil dengan meja

Barangan perabot yang di perbuat daripada rotan kini boleh di dapati dengan mudah kerana terdapat kedai bergerak. Kedai perabot bergerak pun ada gak kat KL nie, memang macam2 ada betullah. Semua benda ada kecuali mak bapak jer yang ada kat kampung. Kilang yang bertempat di Rawang, dan di isi di atas sebuah lori kecil serta di bukak perniagaan di tepi jalan di Sri Gombak fasa 1. 

Ada juga beberapa yang berkenaan di hati, namun harganya memang mahal beb. Nak sejukkan hati, aku cuma mengiyakan kerana nak cari rotan pun bukan senang. Kena masuk hutan, mana ada jual kat pasar borong kan? Hehehehe, nak beli kerusi goyang bersaiz kecil untuk anak kecik aku pun berharga RM68 yang paling murah. Tak beli la gamaknya, usha2 jer. Barangan yang di perbuat daripada rotan nie memang cantik & tahan lama sebab tu harganya mahal kut. Tambah2 sebab kat KL. Nak murah? Masuk hutan cari rotan sendiri & buat sendiri kan..kan..kan...? hehehehe...


Bermacam2 jenis peralatan yang di perbuat dari rotan

5 berkata-kata:

azieazah said...

Perabut rotan sekarang kalu banding dgn dulu memang beza. Dulu senang dapat, murah dan mendapat perhatian. Sekarang ni, barangan rotan dah kira ekslusif dan mahal.

Masa kecik2 dulu, kitaorang pun banyak perabot rotan, macam best jer dan sangat tahan lama...

alaaa... last-last beli jer lah rotan yang halus tu, kalu anak nakal libas sekali! hehehehehe

eelobor said...

mmg mahal sgt ler akak. berminat gak ngn perabot rotan, jati, cengal tp setakat minat jer la sbb tak mampu. hehehehe, dh tnya td tokey rotan yang halus. 50sen jer, boleh guna kalu anak degil.

Anonymous said...

Terima kasih di atas post ini. Saya dah lama mencari satu perabut rotan yg khusus semenjak berpindah rumah Febuari yang lalu. Yang jual perabut2 nih sangat la dekat rumah tp saya tidak pernah tahu. Sehingga sekarang masih ada. Thanks ya!

Anonymous said...

Salam, boleh tak bagi lokasi tepat jual rotan ni? Saya bukan nak beli tapi nak cari siapa yang boleh baiki rotan.Minta email kat saya boleh? noreliza_sazni@bat.com

terima kasih banyak2 ;)

Anonymous said...

salam...nk mintak lokasi tempat kedai tu...

Nuffnang Ads