Sunday, May 19, 2013

Diam Itu Lebih Baik.....Jika




Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komentar..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
 
Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham artinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah artikan..
DIAM kita mungkin mengundang prasangkaan..
DIAM kita mungkin tidak membawa maksud apa2..
DIAM kita mungkin tak berarti..

Maka..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
Seharusnya kita DIAM..

Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
Berkatalah sehingga mereka DIAM..

Sunday, May 12, 2013

Sayang Abang Pada Adiknya

Sayang sungguh si abang pada adik dia nie. Masa duk kat dalam ward, puas di pujuk tak mahu dia melawat umie dan baby baru. Bila dah bawak balik ke rumah dah tak nak berenggang la pulak.

Bila masa tidur malam siap suruh umie & baby tidur kat atas katil. Dia dan abah tidur kat atas tilam kat bawah jer. Oh so sweet dan sangat touching gitu. Anak abah dah boleh menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup kami.

Alhamdulillah..... semoga kehadiran ahli baru akan menambahkan lagi ikatan kasih sayang antara kami.

Thursday, April 25, 2013

Lebih Daripada Ular



Pagi cakap lain petang cakap lain.
Semalam cakap lain, hari cakap lain & mungkin esok cakap lain.
Agak pening apabila menerima arahan tugas yang berbeza-beza dalam tempoh yang singkat.
Apapun tetap kena ikut gak perintah walaupun nampak cam bodoh,
sebab mentimun tetap akan kekal kalah dengan durian.